Ahmad Maslan Kembali Dengan Resepi Baru ‘Nasi Goreng Ikan Bilis Kimanis Mata Biru’
Sebut saja nama Ahmad Maslan, memang semua tahu bahawa wakil rakya Pontian ini memang sangat suka memasak dan tidak lokek untuk kongsikan resepi masakannya di media sosial.
Ramai yang mengenali bekas menteri ini di atas dua sebab iaitu sering tampil dengan resepi ‘unik’ dan isu GST. Pasti ramai yang masih ingat lagi resepi beliau yang mencetuskan kontroversi iaitu Durian Goreng Telur dan beberapa lagi resepi lain.
BACA: Ahmad Maslan Tawar Konsultan Percuma Jika GST Dilaksana Semula
Nampaknya, kali ini Ahmad Maslan kembali dengan buah tangan baru iaitu Nasi Goreng Ikan Bilis Kimanis Mata Biru sebagai sindiran sebelum ke mahkamah pagi semalam.
Kata Ahmad Maslan, resepi ini istimewa kerana ikan bilis mata biru dibeli di Kimanis bersempena dengan Pilihan Raya Kecil.
Sebelum ke mahkamah 21/1/2020
Untuk mengaku tidak bersalah✅Saya masak sendiri
Untuk sarapan pagi
Nasi goreng ikan bilis #Kimanis
“mata biru”
Beli ketika #PRKKimanisCampur telur, bawang kecil, lada hijau, sayur, sos cili, sedikit garam, minyak masak #sawit
Minum air kosong👌🏻 pic.twitter.com/N5xAjhO9ss
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) January 20, 2020
Bahan-bahan untuk membuat Nasi Goreng Ikan Bilis Kimanis Mata Biru ialah nasi, bawang, lada hijau, ikan bilis, sayur, sos cili, sedikit garam dan minyak sawit.
Seperti biasa ramai yang terhibur dengan resepi luar biasa itu dan rata-rata netizen berpendapat perkongsian bekas menteri kabinet itu tidak pernah mengecewakan.
Rata-rata netizen teruja dengan resepi yang dikongsikan oleh beliau dan mahu mencuba resepi tersebut.
Kalau anda jenis yang suka mencuba makanan rare, boleh la ikuti resepi Ahmad Maslan bila sudah tidak tahu nak masak apa nanti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram