Air Percuma Selangor Hanya Untuk B40 Mulai 2019
Selangor akan mengekalkan program air percuma mulai tahun depan tetapi ia hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan bukan lagi untuk seluruh isi rumah.
Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, air percuma hanya untuk B40 adalah bagi memenuhi matlamat asal program untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya buat golongan berpendapatan rendah.
BACA: Menteri Jamin Air Paip Selamat Diminum Terus
Dalam pada itu, kadar 20 meter padu air percuma sebulan akan dinaikkan daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan.
“Kerajaan negeri yakin golongan B40 ini akan mendapat lebih manfaat daripada penjajaran semula air percuma nanti,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 Selangor, Jumaat lalu.
Pada 2008, kerajaan negeri mula melaksanakan dasar pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.
Amirudin berkata bagi 2019, jumlah peruntukan kepada Program Air Percuma selepas penjajaran dilakukan adalah sebanyak RM80 juta dan ini membolehkan kerajaan negeri membuat penjimatan sebanyak RM105.2 juta.
Katanya, penjimatan itu akan dapat dikembalikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan program mensejahterakan rakyat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- mStar