Air Percuma Selangor Hanya Untuk Isi Rumah Bawah RM4000
Berita baik buat penduduk Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak untuk menikmati Skim Pemberian Air Percuma bermula 1 Mac tahun hadapan.
Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma pada 23 November lalu bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan dan layak.
BACA: Air Percuma Selangor Hanya Untuk B40 Mulai 2019
Katanya lagi, keputusan itu diambil di atas faktor peningkatan jumlah penduduk yang memberi kesan besar kepada jumlah kewangan dibelanjakan bagi menampung subsidi bantuan tersebut.
Dalam pada itu katanya lagi, permohonan perlu mendapat pengesahan daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC).
Setiap pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun air atau premis dan pengguna yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).
Pengguna juga boleh mengisi borang permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan yang boleh dimuat turun menerusi laman sesawang www.airselangor.com.
Proses semakan hanya akan bermula selepas tarikh tutup permohonan dan pemohon akan dimaklumkan berkenaan status permohonan mereka selewat-lewatnya pada penghujung Februari tahun depan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Gula Kapas Terapung, Pizza Rendang Laku Keras Di Kafe Ini
- SUMBER
- Sinar Harian