AirAsia Batal 32 Penerbangan Ke Bali
Bali merupakan lokasi tumpuan pelancong setiap masa dan mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti tempat bersejarah, pantai yang cantik dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini sebuah gunung berapi di Bali, Indonesia dikatakan kembali aktif dan dilaporkan sudah meletup oleh Abadikini.com menyebabkan penerbangan AirAsia ke sana dibatalkan.
BACA: Gadis Korea Suri Hati Tony Fernandes
Kenyataan dari pihak AirAsia dikeluarkan semalam bagi memaklumkan pembatalan penerbangan tersebut dan para penumpang boleh menyemak status penerbangan mereka melalui e-emel yang didaftarkan berhubung penerbangan mereka.
Menurut kenyataan itu, penumpang yang terbabit dalam pembatalan penerbangan boleh mengubah tarikh baru dalam masa 30 hari daripada penerbangan asal tanpa kos tambahan serta bergantung jika ada kekosongan tempat duduk.
Selain itu, mereka juga mempunyai pilihan untuk menyimpan kredit nilai tambang itu ke dalam akaun kredit untuk penerbangan lain.
Tetapi, akaun kredit dalam talian harus ditebus dalam masa 90 hari daripada tarikh tiket dikeluarkan.
“Penumpang dinasihati untuk memeriksa status penerbangan mereka menerusi www.airasia.com dan laman sosial AirAsia untuk pengumuman lanjut, selain melihat status penerbangan menerusi ruangan ‘Manage My Booking’ di laman Web AirAsia,” jelas pihaknya.
ARTIKEL BERKAITAN:
AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk
Penerbangan Bajet Tanpa Tempat Duduk?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Singgah Sarang Mr. Burung Di Port Dickson
- SUMBER
- HARIAN METRO