AirAsia yang sinonim dengan tambang penerbangan murah dan popular dengan pelbagai promosi kini mengumumkan kempen terbaru mereka iaitu Tempat Duduk Percuma dengan menawarkan lebih lima juta tempat duduk sempena kempen tersebut.

BACA: Laluan Kereta Api London Ke Tokyo Akan Dibuka!

Sumber dari storypick.com

Untuk pengetahuan anda, tempat duduk percuma boleh didapati dari laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini hingga 17 September bagi perjalanan pada tarikh 1 Mac 2018 hingga 21 November 2018.

Selain itu, pihak AirAsia turut memberitahu bahawa orang ramai kini boleh menikmati tambang serendah RM0 untuk ke destinasi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Brunei, Lombok, Shantou, Kolkata, Phnom Penh, Pattaya, Davao dan lain-lain lagi jika memilih penerbangan AirAsia (AK).

Sumber dari themalaymailonline.com

Malah, tambang serendah RM199 bagi Kuala Lumpur ke Taipei, Shanghai, Sydney dan banyak lagi melalui penerbangan AirAsia X (D7).

Justeru itu, penumpang boleh menikmati pengalaman menggunakan Premium Platbed dengan harga bermula RM699 dari Kuala Lumpur ke Perth, Seoul, Osaka, Taipei dan lokasi-lokasi lain.

Sumber dari sbs.com.au

Ahli Big Members turut boleh menikmati mata keutamaan serta membuat tempahan di laman web rasmi AirAsia dan tebus penerbangan bermula dari 0 BIG Points secara eksklusif di aplikasi mudah alih BIG Loyalty sejak semalam.

“AirAsia akan terus menambah penerbangan ke lebih banyak destinasi, menjadikan perjalanan lebih mudah. Kami mahu pengguna kami dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan kekerapan kami yang tiada tandingannya ke tempat baharu dan sedia ada , dan untuk itu kami menawarkan sehingga lima juta tempat duduk promosi dalam kempen Tempat Duduk Percuma terbesar yang pernah diadakan bagi membantu mereka melakukan perjalanan,” jelas Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh kepada Bernama.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rusa Mintak Sweet Potato Q&A 1? (Nara Park, Japan)