AirAsia Tawar Nasi Lemak Pak Nasser RM5 Sempena Pembukaan Santan
Pasti ramai tahu sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Dr. Tony Fernandes mengumumkan bakal membuka restoran yang menyajikan menu popular penerbangan AirAsia.
Nampaknya, restoran yang dikenali sebagai Santan oleh AirAsia itu sudah pun dibuka dalam majlis pelancarannya hari ini di pusat membeli belah terkemuka di Mid Valley.
BACA: Restoran Santan Oleh AirAsia Bakal Dibuka Di Mid Valley
Lepas ni, jika anda rindukan makanan dalam penerbangan AirAsia tak perlu lagi sampai nak naik kapal terbang.
Menariknya, bersempena dengan pembukaan restoran Santan, anda dapat menikmati Nasi Lemak Pak Nasser dengan Rendang Ayam pada harga RM5 sahaja. Namun perlu diingatkan promosi ini ditawarkan pada masa terhad dan hanya sah jika membuat pesanan atas talian di Santan.com.my
Malah, anda juga dapat menikmati kopi percuma jika menggunakan aplikasi T&CO. Namun sekali lagi diingatkan, promosi ini boleh ditebus jika anda Ahli BIG dan hanya satu pesanan bagi setiap ahli.
Selain Nasi Lemak Pak Nasser, pelbagai menu kegemaran ramai turut dijual di restoran tersebut bermula hanya dari RM12.
Antaranya Nasi Ayam Uncle Chin yang cukup popular, serta hidangan popular lain yang diilhamkan oleh negara-negara Asean seperti Mi Ikan bersama Nenas dari Cambodia, Ayam Inasal beserta Nasi Bawang dari Filipina.
Selain teh dan kopi dari rantau Asean, snek dan pencuci mulut tempatan seperti Nasi Lemak Quinoa dan kek Onde-Onde turut dijual.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- AirAsia
- Sumber gambar