“Ais Je Lebih, Nak Cepat Kaya Jual Babi”
Sekarang ini ramai yang memilih untuk menceburi bidang perniagaan dan boleh dikatakan dengan berniaga boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan kerja makan gaji.
Jika anda perasan, ramai peniaga yang memilih untuk berniaga air balang di pasar malam atau di tepi jalan. Perniagaan air balang menjadi pilihan ramai peniaga kerana tidak memerlukan modal yang besar dan pasti akan laris lebih-lebih lagi jika cuaca panas.
BACA: Angkara Gadis ‘Mulut Manis’, 1,500 Teh Ais Terjual
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memuat naik status meluahkan rasa tidak hati dengan air balang yang dibeli olehnya. Menurutnya, dia kecewa kerana air yang dibelinya itu dipenuhi ais dan tidak berbaloi dengan harganya.
Status lelaki itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada juga yang menyalahkan lelaki tersebut kerana tidak meminta untuk mengurangkan ais. Namun ada yang mengatakan, jika meminta untuk mengurangkan ais, peniaga akan mengenakan caj lebih.
Lebih mengejutkan, ramai peniaga air turut memberikan komen mengenai isu berkenaan. Kata peniaga, untuk mendapat keuntungan mereka terpaksa melebihkan ais dalam minuman yang dijual.
Apa pun, kuasa membeli di tangan pengguna. Jika minuman tersebut tidak berbaloi untuk dibeli, ada cara lain anda boleh lakukan. Sebagai contoh, bawa air kosong kemana sahaja. Namun sebagai peniaga, janganlah pula mengambil kesempatan semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
FOOD PARK Dalam The Curve? (27-30 September 2018)😍😍
- SUMBER
- CariForum