Musim panas sekarang ni memang sedap pekena aiskrim. Nak sedap kalau dapat aiskrim Malaysia. Kalau dulu aiskrim Malaysia sinonim dengan perisa Milo, oren, anggur tetapi sekarang ini didatangkan dengan pelbagai perisa menarik dan lagi sedap.

Namun, resepi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini Baitu Zain memang lain daripada yang lain kerana aiskrim Malaysia ini menggunakan cheese. Kedengaran agak pelik, tapi ramai yang sudah mencubanya mengatakan rasanya sangat sedap. Ini resepi Aiskrim Malaysia versi cheese!

BACA: Bedal 54 Aiskrim Sekaligus, Buah Pinggang Bermasalah

Bahan-bahan:

 

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 tin air
4 atau 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
2-3 sudu tepung jagung
50 gram
Secubit garam
Filling blueberry & strawberry (masukkan filling dalam plastik aiskrim siap siap)

Cara membuatnya:

1. Masak semua bahan di atas (kecuali cream cheese) menggunakan api sederhana

2. Apabila sudah mengelegak, masukkan cheese.

3. Biarkan bancuhan menjadi suam, kemudian blendkan sampai cheese dah tak berketul. Sekiranya masih tak halus, tapiskan bancuhan.

4. Masukkan bancuhan ke dalam plastik aiskrim yang sudah dimasukkan filling tadi. Ikat dan bekukan semalaman.

Senang saja cara untuk membuatnya. Selepas ini boleh sendiri untuk dinikmati setiap hari minggu bersama keluarga. Anda boleh buat pelbagai perisa yang anda inginkan. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?