Akhirnya Caj 50 Sen ‘Instant Transfer’ Dimansuhkan
Bermula 1 Julai 2018, tiada lagi caj sebanyak 50 sen dikenakan untuk pemindahan wang segera antara bank (Instant Transfer). Ianya selari dengan pengumuman oleh Bank Negara Malaysia pada tahun lalu.
Bagaimanapun, pemindahan percuma untuk transaksi segera ini hanya berkuat kuasa terhadap pemindahan wang berjumlah RM5,000 yang dilakukan oleh individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
BACA: ’Terbuang’ Duit Lepas Penat Kemas Rumah
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), langkah ini adalah bagi mengalakkan lebih banyak pihak menggunakan kaedah pembayaran elektronik berbanding tunai.
Disamping itu, sudah tiba masanya untuk Malaysia menerima gelombang perubahan teknologi dalam industri e-pembayaran selain memanfaatkan peluang yang akan dibawa oleh teknologi untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan produktiviti sistem pembayaran.
Beberapa bank telah pun mula mengimplementasi perkara ini sejak beberapa bulan lalu, dan bermula hari ini, 1 Julai 2018, perkara ini turut diimplementasi oleh semua bank seluruh negara untuk transaksi atas-talian.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)
- SUMBER
- Amanz