Akhirnya Lebuh Raya Pertama Kelantan Kini Dibuka
Hampir sekian lama, akhirnya impian rakyat Kelantan untuk memiliki sebuah lebuh raya tercapai jua apabila projek pakej pertama 1B Pasir Hok ke Kadok dibuka kepada kenderaan 20 Ogos lalu.
Diselia oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur serta Jabatan Kerja Raya, projek mega bernilai RM1.8 bilion itu terbahagi kepada tiga fasa utama iaitu Pakej 1,2 serta 3 melibatkan jajaran sepanjang 73 kilometer.
BACA: Kelantan Bakal Guna Bas Elektrik Tahun Depan
Dua lagi projek sedang dibina iaitu projek 2A sejauh 6.4 kilometer yang dijangka siap pada November ini, manakala pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sejauh 7 kilometer sudah dimulakan pembinaan di peringkat awal. Untuk rekod, Syarikat Kontraktor Chengal Jati yang memperolehi kedua-dua projek tersebut.
Walaupun jajaran yang dibuka iaitu dari Baru Empat Padang Enggang ke Perol sejauh 10 kilometer sahaja, ia merupakan satu sejarah penting kerana ia menjadi jalan pertama yang memenuhu spesifikasi sebagai lebuh raya di negara ini.
Pembukaan lebuh raya ini juga merupakan berita gembira buat masyarakat Kelantan khususnya yang sudah letih dengan kesesakan di musim perayaan apabila terpaksa menempuh perjalanan sehingga 15-18 jam dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Difahamkan pihak Plus sudah membuat kajian untuk membuat penyambungan projek ini dari Besut sehingga Pengkalan Kubor.
Dalam masa sama, Kerajaan Kelantan berhasrat untuk menyiapkan pakej 10 kilometer dari Bukit Tiu ke Berangan Mek Nab Machang yang dirancang sebelum ini walaupun berdepan dengan pelbagai masalah termasuk kekangan kewangan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- Sinar Harian