Aktiviti Jual Beli Makanan Di Lampu Isyarat Satu Kesalahan
Pasti ada diantara anda pernah melihat aktiviti jual beli di lampu isyarat. Selalunya peniaga-peniaga ini menjual makanan atau snek kepada pemandu. Bagaimanapun, menjual makanan atau melakukan jual beli di lampu-lampu isyarat merupakan satu kesalahan.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, aktiviti jual beli di tengah-tengah jalan itu menganggu aliran trafik dan membahayakan keselamatan penjaja dan pembeli malah pengguna jalan raya yang lain.
BACA: “Ais Je Lebih, Nak Cepat Kaya Jual Babi”
Mereka yang malakukan aktiviti jual beli di lampu isyarat boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Mana-mana jalan raya dan lampu isyarat di negeri ini bukan tempat menjaja dan tindakan saman boleh dikenakan kerana menganggu kelancaran trafik serta menghalang lalu-lintas.
“Penjaja yang jual makanan itu boleh disaman, pengguna jalan raya yang membeli makanan pun boleh disaman,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta kerjasama penjaja yang terlibat agar tidak lagi mencari pendapatan dengan cara seperti itu dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
“Kita tidak boleh ikut cara di negara lain seperti Indonesia yang menjaja merata-rata di jalanan kerana negara ini ada peraturannya sendiri. Perbuatan ini juga menganiaya pengguna jalan raya lain yang tidak terlibat dengan urusan tersebut kerana terpaksa menunggu jual beli selesai apabila lampu trafik hijau.
“Kami tidak halang orang ramai, khususnya anak muda yang hendak mencari rezeki, tetapi biarlah rezeki yang dibawa balik itu, ‘manis’ dan bukannya hasil daripada aktiviti bertentangan dengan peraturan,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
FOOD PARK Dalam The Curve? (27-30 September 2018)😍😍
- SUMBER
- Astro Awani