Akui Bersalah Tumbuk Dinding, Nafi Tinggalkan Tahi
Nampaknya selepas satu hari dilanda isu warganegara Malaysia biadap di Jepun, kini warga laman sosial sudah mula memaafkan salah seorang individu yang terlibat di dalam video yang viral ketika ini – si penumbuk dinding. Dikenali sebagai Ku Hidayat, dia dengan merendah diri memohon maaf di atas kejadian tersebut.
BACA: Perangai Samseng, Tinggal Tahi Dalam Tempat Mandi
Menurut kenyataan Hidayat (boleh tonton video di bawah), dia sememangnya berada dalam keadaan tertekan untuk mencari wang pulang ke Malaysia malah ketika kejadian dia mengakui tidak mengetahui langsung punca perbalahan.
Nafi Berak
Selain itu, Hidayat juga menyatakan bahawa pemilik tempat tinggal berkenaan, Sam Vitti memberikan layanan yang sungguh baik dan menegaskan bahawa dia tidak sanggup memijak kepala insan yang telah menolongnya dalam situasi sebegini.
Bak kata Hidayat – “yang pasal tahi ni, memang bukan salah saya”
Hutang Dah Langsai
Setelah meminta bantuan daripada rakan-rakan dari Malaysia, akhirnya Ku Hidayat telah melangsaikan bahagian hutang kerosakan dinding yang ditumbuknya itu. Sungguh baik hati rakan-rakanmu Hidayat, ketika saat genting sebegini, bukan semua ada untuk anda.
Vitti Lodge Terima Permohonan Maaf
Melalui video yang dikongsikan di atas, jelas sekali pihak yang terlibat telah menerima permohonan maaf Ku Hidayat. Apa yang penting semoga perkara ini menjadi pengajaran buat warga Malaysia di masa hadapan agar berhati-hati dan tidak terlalu menurut perasaan ketika berada di luar negara.