Alamak, Kaki Disambung Terbalik Pula…
Kaki adalah satu satu anggota badan yang penting yang membolehkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat. Tetapi, tak semua orang memiliki anggota badan yang sempurna akibat kemalangan, kanser dan sebagainya.
Seorang remaja berasal dari Belfast, Ireland Utara, kehilangan kaki kanan akibat kanser tisu pada Jun tahun lepas membuatkan dia terpaksa memakai kaki palsu untuk bergerak.
BACA: Kenapa Wanita Ini Suka Makan Bulu Kucing?
Tristin Stewart, 15 tahun, harus membiasakan diri dengan memakai kaki palsu selepas kaki kanannya dipotong dalam satu pembedahan.
Walau bagaimanapun, Tristin menjalani satu lagi pembedahan iaitu rotationplasty bagi membina sendi lutut menggunakan tapak kakinya sendiri dan disambungkan dalam keadaan terbalik supaya memudahkan Tristin berjalan atau berlari menggunakan kaki palsu.
“Saya tidak kisah mengenai rupa kaki saya. Apa yang saya tahu, saya mahu berlari semula dan percaya saya mampu lakukan,” lapornya kepada The Mirror.
Ibu Tristin, Mandy, 32 tahun, menyatakan anaknya sangat berani semasa proses rawatan sehingga dia menerima berita bahawa kakinya harus dipotong.
“Tidak boleh bermain bola sepak atau sebarang sukan memusnahkan hidupnya. Dia seorang yang aktif,” katanya.
Walaupun terkejut bila melihat kaki kanan anaknya disambung terbalik, kini Mandy boleh membiasakan diri melihatnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Caranya Bersihkan Biji Mata Guna Pisau Cukur
Demi Selfie Buruk, Gadis Sanggup Pusing Satu Dunia
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?
- SUMBER
- HARIAN METRO