Alas Kaki Kedai Dobi Pun Kena Rembat
Belum pun reda kisah remaja perempuan membuang najis luar dobi layan diri, kali ini ada pula kes terbaru iaitu alas kaki dobi dicuri oleh seorang remaja perempuan. Berani betul dia curi walaupun masih ada pelanggan tengah menunggu baju dobi. Yang peliknya, kenapa sampai alas kaki pun kena rembat?
BACA: Berak Luar Kedai, Pemilik Dobi Lapor Polis
Video berdurasi selama 2:34 saat itu jelas menunjukkan seorang remaja lelaki terlebih dahulu melihat keadaan dalam kedai dengan berpura-pura mengesat kaki sambil meninjau keadaan sekeliling.
Selepas itu, remaja perempuan menarik alas kaki di dobi kawasan berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 perlahan-lahan sebelum berjaya melarikannya.
Kemudian, mereka berdua melarikan diri menggunakan sebuah motosikal dan tindakan mereka berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Apa nak jadi la remaja zaman sekarang ni sampai alas kaki pun sanggup mencuri. Nampak gaya macam saja mencuri bukan terdesak mahu gunakannya di rumah.
Perbuatan kedua-dua remaja itu dikecam warga laman sosial dengan menyatakan alas kaki yang dah digunakan pun sanggup mencuri.
Malah, ada juga menyindir mahu menawarkan remaja itu beli alas kaki baru kerana perbuatan mereka sangat tidak masuk akal dan lucu.
Semoga kes-kes seperti ini dapat dibendung dengan cepat sebelum ramai yang makin berani mencuri barang di kedai dobi layan diri.
ARTIKEL BERKAITAN:
Hentak Kepala Cikgu Kerana Mencuri
Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh
Suami Isteri Curi Tabung Derma Tahfiz
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Vitdaily Terjah Johara Pagi Era & Rasa Burger Bihun Johan
- SUMBER
- MSTAR