Sejak kebelakangan ini cuaca di negara kita kelihatan tak menentu lebih-lebih lagi di kawasan Pantai Timur.

Hujan berterusan akan menyebabkan banjir dan ribut seterusnya rakyat di beberapa negeri dinasihatkan berjaga-jaga kerana ada kemungkinan ia akan berlaku.

BACA: Muntah Paus Buat Lelaki Ini Jutawan

Gambar sekadar hiasan

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mereka meramalkan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang, Kelantan dan keseluruhan Terengganu.

Selain itu, amaran cuaca buruk peringkat berjaga-jaga dikeluarkan termasuk kawasan Lojing, Kelantan; daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh, Maran, Mersing, Kota Tinggi, Johor dan juga keseluruhan Perlis.

Malah, daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik dan Baling, Kedah dan daerah Hulu Perak, Perak turut dikeluarkan amaran sama oleh MetMalaysia di akaun laman sosial rasmi Facebook milik jabatan tersebut semalam.

Diharapkan kawasan yang terlibat bersiap-sedia menghadapi cuaca buruk dan penduduk di kawasan berkenaan lebih berhati-hati menjaga keselamatan mereka kerana cuaca buruk ini dijangka berterusan hingga rabu depan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Malaysia Bakal Berdepan Gelombang Kedua Banjir Ribut
Malaysia Bakal Dihujani Hujan Meteor

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!