Ambil Masa 48 Jam Sahaja, Hospital Coronavirus Di China Sedia Beroperasi
Wabak misteri Coronavirus yang menyerang wilayah Wuhan di China bukan sahaja mencetuskan kebimbangan di negara tersebut malah di seluruh dunia.
Setakat ini angka kematian akibat coronavirus meningkat kepada 132 orang dengan jumlah jangkitan meningkat kepada lebih 5,974 orang.
BACA: Tiada Masa Pergi Ke Tandas, Doktor Di Wuhan Terpaksa Pakai Lampin
Disebabkan jumlah pesakit yang ramai dan hospital tidak mampu menampung kesemua pesakit, sebuah hospital dibuka bagi menempatkan pesakit yang terkena jangkitan Coronavirus.
Memetik laporan DailyMail, apa yang mengejutkan, dalam tempoh 48 jam hospital coronavirus pertama itu sudah pun sedia untuk beroperasi.
Difahamkan dalam masa dua hari, dengan bantuan lebih 500 orang para pekerja dan sukarelawan berjaya mengubahsuai dan meletakkan peralatan serta katil yang diperlukan di hospital tersebut.
Untuk pengetahuan anda, hospital yang terletak di bandar Huanggang itu sepatutnya dibuka pada Mei depan sebagai cawangan baru untuk Pusat Huanggang, bagaimanapun ia diubah suai untuk menempatkan pesakit yang terkena jangkitan Coronavirus.
Kerja-kerja mengubahsuai hospital tersebut telah pun bermula pada Sabtu lalu dan selesai pada hari Isnin. Menurut laporan, hospital itu mampu menempatkan seramai 1,000 orang pesakit dan dibuka secara rasmi hari ini.
Wuhan will follow Beijing's SARS treatment model to build a special hospital planned to accommodate 1,000 beds. It will be put into use by Feb. 3 https://t.co/jOSTXsWY46 pic.twitter.com/fy7ndsBNhV
— China Xinhua News (@XHNews) January 24, 2020
Dalam pada itu, kerajaan China memaklumkan ada 3 buah lagi hospital akan dibuka dalam masa terdekat ini iaitu di Wuhan dan Zhenzou yang dijangka akan siap pada 3 Februari depan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram