Anak Cemerlang UPSR, Ibu Bapa Hadiahkan Jambangan Duit RM10,000
Umum mengetahui baru-baru ini keputusan Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) sudah pun diumumkan. Pada yang berjaya tahniah diucapkan, tetapi pada mereka yang tidak berjaya tak perlu risau, ini baru permulaan dan perjalanan masih jauh lagi.
Pada yang berjaya, ada diantara ibu bapa memberikan habuan atau ganjaran di atas penat lelah anak mereka.
BACA: Tiada Lagi Aliran Sains & Sastera Untuk Tingkatan 4 Mulai 2020
Seperti pelajar cemerlang UPSR ini, Muhammad Danish Haziq menjadi perhatian ramai apabila menerima hadiah ‘luar biasa’ daripada ibu bapanya.
Kebiasaannya ibu bapa akan hadiahkan telefon pintar, komputer riba atau permainan video, namun berbeza buat ibu bapa Danish ini menghadiahkan jambangan duit RM10,000 tunai.
Memetik laporan Harian Metro, pasangan suami isteri tersebut Nor Ashikin Ahmad Pauzai dan Ihsan Fahmi Ishak, menghadiahkan wang tunai kepada anaknya sebagai hadiah kerana usaha anak itu yang belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh keputusan 5A dan 1B.
Pasangan tersebut yang juga pengusaha kafe di Alor Setar, Kedah itu memberitahu anaknya ada meminta untuk membelikan model baharu telefon pintar jenama iPhone, namun mereka tidak mahu menghadiahkannya bimbang anak mereka nanti akan lalai.
Menurut pasangan itu lagi, sebaik memberikan jambangan wang kepada Danish, terus anaknya itu mengatakan mahu menyimpan di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Harian Metro