Belum pun hilang kesedihan akibat kehilangan anak, sepasang suami isteri terkejut apabila beberapa organ dalaman anaknya hilang selepas membuat autopsi secara rahsia bagi mendapatkan jawapan di sebalik kematian mengejut anak mereka yang dikatakan terkena serangan jantung di sijil kematiannya.

BACA: Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia

Pelajar Sekolah Persediaan Akademik Angkatan Tentera, Thailand, Pakapong Tagang, 18 tahun, meninggal dunia pada 17 Oktober lepas membuatkan ibu bapanya curiga tentang kematiannya dan sanggup melakukan autopsi tanpa pengetahuan orang lain.

Menurut ibu bapanya, Pichet dan Sukanya Tanyakan berkata bahawa mereka tidak diberi penjelasan tentang kematian anak mereka selain menerima sijil kematian sahaja.

Curiga dengan apa yang berlaku, pasangan itu membawa keluar mayat anak mereka secara senyap-senyap ke hospital walaupun peti mayat telah diletakkan di kuil.

Selepas itu, keputusan autopsi menunjukkan beberapa organ dalaman anak mereka hilang dan paling kejam, tengkorak Pakapong disumbat dengan tisu.

Bukan itu sahaja, doktor juga mengesahkan tulang rusuk dan tulang leher anaknya patah serta terdapat lebam dalaman di perut dan belakang badan.

Menurut doktor, mangsa mungkin dipukul hingga tulang patah dan ibu bapa Pakapong menuntut penjelasan daripada pihak sekolah.

Sebelum ini, anak mereka pernah memberitahu bahawa dia dihukum kerana mempunyai disiplin teruk.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pengasas Satay Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia
19 Pelajar UPNM Tak Mengaku Bunuh

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Unboxing iPhone X And Giveaway?