Anak Merayu Pulangkan Semula Duit Bapa Untuk Naik Haji
Seorang anak pembantu am merayu kepada individu yang mengambil duit bapanya selepas tertinggal di dalam mesin deposit tunai (CDM) di sebuah bank di Jalan Pintu Pong, minggu lalu, untuk memulangkan semula wang tersebut kerana ianya duit untuk bapanya naik haji.
Menurut Iman Bukhari Omar, 25, wang tunai berjumlah RM4,900 itu adalah duit gaji yang dikumpul bapanya selama setahun untuk menunaikan haji.
BACA: Najib Kecam Polis Makan Coklat Ketika Serbuan
Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada 6 Ogos lalu, bapanya, Omar Md Nor, 45, cuba memasukkan wang RM5,000 ke akaunnya bagaimanapun sekeping wang kertas bernilai RM100 gagal diproses walaupun sudah dicuba beberapa kali.
Kemudian bapanya mengambil wang RM100 dan meninggalkan bank kerana menyangka sejumlah RM4,900 itu sudah selesai dideposit. Namun apabila diperiksa di dalam akaun, duit tersebut tiada.
“Ayah ambil wang RM100 itu dan sangka RM4,900 lagi sudah selesai dideposit. Dia tinggalkan bank kerana beranggapan duit berkenaan sudah selamat masuk ke dalam akaun.
“Keesokan harinya, ayah periksa akaun tapi duit berkenaan tiada. Pihak bank juga mengesahkan tiada sejumlah wang itu didepositkan ke dalam akaun ayah dan pemeriksaan kamera litar tertutup bank menunjukkan individu yang beratur di belakang ayah yang mengambilnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanpun, mereka sekeluarga tidak marah pada individu terbabit sebaliknya meminta supaya duit tersebut dikembalikan dengan menghubunginya di 013-9667567.
“Harapnya masih ada rezeki, ada tu maksudnya adalah, kalau tidak ada kami reda. Mungkin adalah salah kami di mana-mana,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubungan kejadian tersebut. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- Astro Awani