Anda Boleh Perbaharui MyKad Melalui Online Mulai Tahun Depan
Dengan zaman serba canggih, semua perkara kita boleh lakukan melalui hujung jari sahaja. Jika sebelum ini, kita sudah boleh perbaharui pasport secara atas talian, nampaknya selepas ini anda boleh gantikan kad pengenalan melalui online juga.
Tak perlu lagi bersusah-susah apabila Jabatan Pendaftaran Negara juga akan memperkenalkan satu aplikasi yang menawarkan satu perkhidmatan untuk memudahkan dan menjimatkan masa rakyat Malaysia.
BACA: Stop Spreading The Photos Of Chinese Citizens Been Given MyKad
MyKad rosak tapi kerja banyak tak sempat nak datang kaunter.Korang tahu tak sekarang ni JPN ada sediakan platform…
Posted by Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia on Khamis, 10 Oktober 2019
Difahamkan, sistem gantian MyKad melalui online itu adalah untuk menggantikan kad rosak, cip rosak, gantian naiktaraf cip dan gantian kehilangan buat kali pertama sahaja.
Malah, menerusi aplikasi tersebut, anda boleh boleh mendaftar kelahiran, kad pengenalan dan perkahwinan untuk bukan Islam secara atas talian mulai tahun hadapan.
Bagaimanapun, ada tetap perlu je Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengambil dokumen yang sudah siap.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram