Tahun lepas kami sempat menjejakkan kaki di Sarawak dan pastinya beberapa pilihan makanan telah kami cuba sepanjang berada di Kuching. Jika diikutkan peminat di Sarawak, masih banyak lagi tempat kami tak pergi. Tapi tak mengapa, kali ini kami kongsikan dulu beberapa lokasi yang sempat kami terjah.

BACA: 6 Tempat Makan Wajib Cuba Di Kota Kinabalu

Sarapan

Mee Sapi Haji Salleh

Tak sah sekiranya jika berkunjung ke Sarawak tapi tak makan mee sapi. Antara lokasi pertama yang kami tujui sebaik sampai di sini ialah Mee Sapi Haji Salleh.

Pertama kali cuba mee sapi, memang boleh tahan juga rupanya. Hidangan yang cukup simple tapi sudah cukup membuatkan perut selesa di pagi hari kerana telah terisi.

Chong Choon Cafe

Bagi yang mahu cuba laksa Sarawak dan beberapa kuih lain di waktu pagi, Chong Choon Cafe mungkin kena dengan selera anda.

Kami dibawa di sini oleh seorang peminat dan laksa Sarawak yang dihidangkan di sini hadir dengan kuah yang tidak terlalu pekat dan mampu untuk mengelakkan anda muak.

Makan Tengahari

Joo Seng Cafe – nasi ayam

Hidangan paling mengimbau kenangan sepanjang di sini pastinya Joo Seng Cafe yang menyediakan nasi ayam goreng dan juga turut terkenal dengan roti kahwin.

Sambal mantap, ayam masih juicy, fuh, memang kecur kalau teringat balik. Perlu datang awal di sini sebab waktu tengahari memang penuh orang. Perlu sedikit sabar jika dah tersampai lambat dalam menunggu meja kosong.

Minum Petang

Swee Kang Ais Kacang

Bila petang yang panas menjelma, dapat pula basahkan tekak di Swee Kang Ais Kacang, alahai indahnya rasa. Terkenal dengan ABC, macam-macam pilihan air juga boleh didapati di sini.

Sudah lama menjadi lokasi warga tempatan menikmati ais kacang, ini lokasi terbaik untuk minum petang, lebih-lebih lagi ketika musim panas.

Makan Malam

Top Spot Bukit Mata

Sebut saja Top Spot, inilah antara lokasi makan malam berasaskan makanan laut yang boleh anda dapatkan. Seluruh ruang food court di sini menghidangkan pelbagai pilihan buat anda.

Atas saranan peminat Vitdaily, kami makan di kedai nombor 25 oh dan jangan sesekali terlupa untuk order midin – macam paku pakis (pada pandangan kami) tapi cukup rangup dan menyelerakan lebih-lebih lagi bila masak belacan. Teringat-ingat pulak pada midin.

Harga boleh dikatakan berpatutan atau jika anda risau dengan bajet, boleh saja dapatkan anggaran terlebih dahulu sebelum confirm order.

Aiskrim Gula Apong

Ha, bila siap makan malam, mesti pekena pencuci mulut dengan gula apong. Katanya ada cawangan berbeza tapi apa yang penting, kami dapat merasa hidangan yang cukup unik ini.

Gula apong ini juga turut menarik minat pelancong untuk mencuba sepanjang kami berada di sini. Siapa tahu di Semenanjung, di mana kami boleh dapatkan ais krim gula apong ini?

Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai setiap juadah berbeza bila datang ke tempat anda kunjungi. Tapi bagi yang ingin menjaga berat badan atau mungkin kini sedang bersedih kerana bentuk badan sudah berubah teruk, anda boleh dapatkan Kerengga Lentik Chocolate Shake.

Ramai yang telah menggunakan Kerengga Lentik Chocolate Shake dan jika anda berminat, anda boleh dapatkannya di sini atau klik saja pada gambar testimoni di bawah.

Kami kongsikan dengan anda video kami sepanjang kami berada di Sarawak. Enjoice!

VIDEO: Penangan Midin Dan Gula Apong Di Sarawak 😱🔥