Apam Telur Goyang RM1 Kini Laku Gila!
Apam balik yang biasa kita temui adalah versi yang ditabur dengan kacang goreng tumbuk, gula serta pes jagung dan ada juga penjual yang letakkan perisa coklat tetapi berlainan di Pasar Tumpat, Kelantan apabila apam balik di sana menggunakan telur goyang sebagai inti.
BACA: Laluan Kereta Api London Ke Tokyo Akan Dibuka!
Dikhabarkan ‘apam telur goyang’ ini mendapat sambutan yang hangat daripada ramai kerana harganya yang murah iaitu hanya RM1 sahaja untuk sekeping.
Selain itu kulit tepung yang nipis dan ranggup serta telur yang diletakkan secara setengah masak membuatkan apam telur goyang ini lebih enak rasanya.
Jadi tidak hairanlah orang ramai di Pasar Tumpat sanggup beratur panjang untuk mendapatkan apam telur goyang ini. Apam telur goyang ini enak dimakan panas-panas.
Sayangnya setakat ini apam telur goyang ini masih belum ada di serata Malaysia jadi mungkin selepas ini para penjual apam balik di tempat lain mengambil idea baru ini.
VIDEO: Apa Rasa Bebola Nasi Goreng Mazirah Buat Ni?!!
- SUMBER
- CARI