Sebut je asam pedas, ramai yang menggemari menu popular tersebut yang sinonim dimasak menggunakan ikan sebagai bahan utama.

Namun, seorang wanita ini mahu tampil kelainan pada menu tersebut dengan memperkenalkan asam pedas rambutan. Apa yang pasti, menu ‘pelik’ itu mendapat perhatian netizen yang dimuat naik oleh Supiah Husein menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni.

BACA: Restoran Asam Pedas Di Melaka Penuh Ulat Diarah Tutup

Rata-rata netizen mengakui pelik dengan menjadikan rambutan sebagai bahan utama untuk menu masakan itu dan merupakan satu hidangan yang tidak masuk akal. Namun ada juga yang memuji idea kreatif tersebut.

 

“Yang ni memang unik. Saya belum pernah jumpa, rambutan yang masam ke yang manis sedap buat asam pedas,” komen seorang netizen.

“Dah tak ada benda lain ke nak masak, macam duduk dalam hutan pula,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

“Tahu la musim buah, tapi janganlah nak upgrade sangat. Hari tu ada mak cik buat cekodok rambutan, dia suruh makan tapi emm…”

Menurut pencipta menu tersebut, dia tidak menyangka posting pertamanya dalam kumpulan masakan itu akan mendapat perhatian seperti ini.

“Tak pernah pun post masak-masak kat sini, sekali try, huhh memang kena bawanglah. Ada yang cakap pelik masakan ni. Apa yang pelik pun tak tahu, agaknya yang cakap tu celik-celik biji mata mak bapak bagi makan spaghetti kot.

“Saya orang susah, apa ada di sekeliling itulah jadi makanan. Lagipun kita orang Malaysia kan. Cintailah buah tempatan dan pelbagaikan hidangan,” jelasnya di Facebook.

Selalunya asam pedas menggunakan ikan pari, ikan merah, ikan tenggiri, ikan jenahak dan beberapa jenis ikan lain. Jangan tiba-tiba muncul asam pedas durian pula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥