Kadar kecurian yang berlaku hampir setiap hari membuatkan pemilik perniagaan di kawasan sekitar Klang muak dengan kejadian itu hinggakan ada yang tak mengunci pintu grill dan meninggalkan nota di hadapan kedai menyatakan tiada apa yang boleh dicuri di dalam kedai mereka.

BACA: Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh

Kawasan ‘panas’ yang sering berlaku kecurian adalah di sekitar Bandar Bukit Tinggi, Taman Bayu Perdana, Bandar Botanic, Southern Park dan Taman Sentosa.

Pemilik perniagaan di sana mendakwa mengalami hampir 100 kes kecurian sejak tiga bulan lepas serta menanggung kerugian hingga ribuan ringgit. Dahsyat betul kawasan Klang sekarang ni.

Seorang mangsa terbaru, Jimmy Tan, menceritakan kedainya dipecah masuk tak lama selepas dia meninggalkan kedai pakaian uniform miliknya di Taman Bayu Perdana, awal pagi Khamis lalu.

Menurutnya, dia meninggalkan kedai pada pukul 5.30 pagi dan tak lama selepas itu, jirannya menelefon untuk memberitahu pencuri sedang memecah masuk kedainya.

“Saya kehilangan RM1,000 dan sebuah komputer riba termasuk perisian bernilai RM20,000,” tambahnya.

Sebenarnya, Tan sengaja membiarkan bidai kedai tak berkunci sebagai ‘persediaan’ untuk kejadian seumpama itu tetapi pencuri tak menyedarinya.

Bukan itu sahaja, seorang pemilik perniagaan juga meletakkan notis dalam bahasa Inggeris serta mandarin yang bermaksud pintu tak berkunci, tiada barang untuk dicuri dan jangan ketuk (pecahkan) pintu.

Nampaknya pencuri di kawasan tersebut sangat mahir dalam memecah masuk premis perniagaan hingga terlalu banyak kes kecurian berlaku di kawasan yang sama.

Diharap semua peniaga lebih berhati-hati dan memasang alat keselamatan untuk kedai seperti alat penggera dan kamera litar tertutup di kedai masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN:
Alas Kaki Kedai Dobi Pun Kena Rembat
Curi Speaker Masjid, Lelaki Kena Bakar Sampai Mati

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Singgah Sarang Mr. Burung Di Port Dickson