Satu demi satu bencana melanda Australia, nampaknya kebimbangan rakyat negara tersebut belum lagi berakhir apabila penemuan nyamuk bersaiz besar bersamaan saiz syiling 20 sen.

Menurut pakar spesis nyamuk itu dikenali sebagai Toxorhychites iaitu “nyamuk gajah”.
Nyamuk itu dikatakan menyerang kawasan Gold Coast di Queensland dekat Coombabah, Paradise Point dan Biggera Waters.

BACA: Selepas Kebakaran Dasyat, Australia Ditimpa Hujan Batu Bersaiz Bola Golf

Memetik laporan Dailymail, nyamuk berkenaan dikatakan boleh membawa wabak penyakit menerusi virus Ross River yang tiada penawarnya.

5 kali ganda lebih besar dari nyamuk biasa

Lebih mengerikan, nyamuk gajah ini 5 kali lebih besar daripada nyamuk biasa dan mereka memakan larva nyamuk lain daripada darah manusia.

Demi mengelakkan pertambahan populasi nyamuk tersebut, pihak berkuasa Gold Coast membuat semburan pencegahan di kawasan-kawasan tumpuan. Cuaca dan banjir yang berlaku baru-baru ini dikatakan mendorong penyebaran virus Ross River.

Untuk pengetahuan anda, kali terakhir wabak yang melibatkan serangga berlaku pada tahun 2015 dan hampir 700 jangkitan yang berlaku tidak dapat disembuhkan.

ARTIKEL BERKAITAN:
KPDNKK: Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan
Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Cari Sarapan Nasi Lemak, Tapi Yang Dapatnya…