Restoran A&W pernah menjadi kegemaran ramai apabila ia merupakan restoran makanan segera pertama di Malaysia dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Walaupun banyak jenama restoran makanan segera lain dibuka di Malaysia, namun A&W masih lagi bertahan sehingga ke hari ini.

BACA: Selamat Tinggal, Restoran A&W Petaling Jaya

Berita baik buat peminat makanan segera A&W, syarikat tersebut bakal menambah 12 lagi cawangan baru mereka menjelang tahun 2019.

Foto: NST

Sebanyak 7 cawangan dan 5 daripadanya kaunter pandu lalu yang bakal dibuka tahun ini. Antara lokasi yang menjadi pilihan A&W Malaysia adalah bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Penang.

Setakat ini, A&W Malaysia mempunyai 41 cawangan di seluruh Malaysia dengan jumlah pekerja seramai 500 orang. Selain itu, rangkaian makanan segera itu menawarkan promosi dan menu terbaru buat pelanggan setia tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Tak Untung, Kedai Rakyat 1 Malaysia Tutup
4 Restoran Francais Dunia Di Malaysia Kini Ditutup

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?