Kanak-kanak seharusnya dilindungi untuk menjaga kesihatan mereka kerana mereka lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik jika terdedah dengan perkara yang boleh mengancam kesihatan mereka.

Namun, berbeza untuk sepasang suami isteri ini apabila mereka tidak memikirkan soal kesihatan anak mereka dengan meletakkan sebatang rokok yang berasap ke mulut anak kecil sambil diambil gambar oleh ibu bayi tersebut.

BACA: Tahun 2018 Harga Rokok Cecah RM50?

Gambar bayi itu dipaksa menghisap rokok tular di laman sosial Facebook seterusnya mendapat perhatian polis Indonesia lalu menahan ayah bayi berkenaan.

Ayah bayi, Muzammil, 36 tahun, dan isteri, Ummu, 18 tahun, berasal dari Bangkalan, Jawa Timur, Indonesia, melakukan perbuatan itu semasa dia merokok di dalam bilik.

“Kami menahan bapanya kerana meletakkan rokok di mulut bayi, walaupun bayi itu anaknya sendiri,” ujar pihak polis.

Menurut polis, ibu kepada bayi dikenali sebagai Al itu sedar mengenai kejadian itu kerana dia yang mengambil gambar semasa suaminya meletakkan rokok ke dalam mulut anak mereka.

Walaupun di Indonesia tiada hukuman dikenakan terhadap perbuatan Muzammil itu tetapi dia boleh didakwa melanggar Akta Perlindungan Anak dan akan berdepan hukuman penjara enam bulan jika sabit kesalahan.

Apa yang mengejutkan, lelaki itu sempat berfikir mengenai keselamatan anaknya semasa dia meletakkan rokok di mulut Al.

Perbuatan seperti itu amat berbahaya kepada bayi kerana mereka berdepan risiko tinggi apabila terdedah dengan asap rokok. Diharap ibu bapa di luar sana berfikir dulu sebelum membuat sesuatu yang boleh meragut nyawa anak anda sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:
Berhenti Rokok 6 Bulan Boleh Beli iPhone 8
Kisah Kek Kotak Rokok & Kubur Untuk Suami

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?