Perasaan kehilangan haiwan peliharaan amat menyedihkan lebih-lebih lagi bila kita tahu ia sukar ditemui jika hilang. Tomato yang dimaksudkan ialah seekor kura-kura yang hilang di Keramat, Kuala Lumpur tular di laman sosial kerana usaha pemiliknya yang sanggup membuat bunting untuk mencari haiwan itu.

BACA: Video Cemas Azizulhasni Diserang Burung

Bunting iklan kehilangan Tomato itu turut meraih perhatian pengguna jalan raya di sekitarnya dan gambar bunting itu turut dimuatnaik oleh jiran pemilik Tomato iaitu Kifli Bujang di laman sosial Facebook.

Pemilik Tomato, Dina Azmi, 25 tahun, berkata bahawa Tomato ialah haiwan pemberian daripada rakannya dan seberat tiga kilogram serta bersaiz separuh bola sepak.

Kura-kura jantan itu hilang semasa dia berada di tempat kerja dan dia hanya menyedari kehilangannya pada waktu malam.

“Mungkin kerana pintu pagar dibuka terlalu lama pada petang tu sebab ada tetamu datang, menyebabkan Tomato terlepas keluar dari kawasan rumah,” ujarnya.

Semasa dalam pencarian Tomato, Dina diberitahu oleh pengawal keselamatan bahawa seorang penunggang motosikal berhenti dan mengangkat Tomato yang berada di tengah jalan.

“Lelaki itu ada menyerahkan kura-kura tersebut kepada pengawal tetapi ditolaknya secara baik kerana dia sedang bertugas. Lelaki itu kemudiannya beredar dan membawanya pergi,” jelasnya.

Dina turut memberi gambaran yang diterima olehnya bahawa lelaki itu berbangsa Melayu dan masih muda.

Malah, dia turut menerima panggilan daripada orang ramai yang ternampak Tomato di kawasan kejiranan rumahnya pada pukul tiga hingga empat petang pada Jumaat lepas.

Pengguna laman sosial turut terkesan dengan kehilangan Tomato kerana mereka turut memahami perasaan dialami Dina.

Kami doakan semoga Dina cepat ditemukan kembali dengan haiwan kesayangannya dan lelaki tersebut akan segera menghubungi Dina.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kuda Pengsan Bawa Pengantin
Ini Memang Betul Pulau Babi
Aksi Cemas Bomba Selamatkan Kucing

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Benda Sotong Ultraman & Udang Gorgon Ni?