Biasanya jika perayaan Tahun Baru Cina di negara ini, kita pasti akan menerima sekurang-kurangnya beberapa biji buah limau mandarin atau sekotak buah limau tersebut.

Namun, baru-baru ini sumbangan tersebut dikatakan seperti pemberian rasuah jika pemberi limau berkenaan berniat untuk mendapatkan sesuatu daripada penerima.

BACA: Betul Ke Boleh Beli Nuggets McD Secara Online?

Mohd Fauzi lima dari kanan

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Mohd Fauzi Mohamad, memberitahu pemberian dengan harapan untuk mendapat balasan daripada penerima ialah satu bentuk jenayah.

“Semasa beri angpau, limau atau hamper dengan berniat dapatkan sesuatu atau merasuah, itu merupakan rasuah,” ujarnya beberapa hari lalu kepada Sinar Harian.

Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, pemberian itu bergantung kepada niat seseorang jika dia berniat baik atau jahat dengan memberi limau mandarin kepada penerima.

“Tetapi ketika dia beri dengan niat nak beri makan, saya rasa tidak adil kita nak kata itu rasuah. Bergantung kepada niat pemberi rasuah, namun jika ikut undang-undang ia rasuah,” tambahnya.

Oleh yang demikian, terpulang kepada individu jika pemberian itu memberi maksud sebaliknya atau tidak. Rugi tolak limau mandarin, isinya manis sedap dimakan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ramai Sanggup Ke Sini Untuk Nikmati Rendang Landak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tempat Makan Di Taman Tamadun Islam Terbongkar!