“Bagi Zakat Kepada LGBT Yang Ingin Dipulihkan “
Isu bantuan zakat dan golongan yang mengamalkan hidup songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukanlah perkara baru yang diperkatakan. Malah seperti diketahui, golongan tersebut layak menerima bantuan zakat Al-Riqab di Selangor.
Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf mencadangkan supaya zakat diberikan kepada golongan LGBT yang dipulihkan.
BACA: LGBT, Pelacur Layak Terima Zakat Al-Riqab di Selangor
Memetik laporah Harian Metro, Muhajid juga mencadangkan pihak berkuasa agama Islam negeri supaya mengeluarkan fatwa bagi membenarkan zakat diberikan kepada golongan berkenaan.
Namun, tegasnya zakat itu bukan disalur kepada individu yang terjerumus dengan LGBT, sebaliknya menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dengan program pemulihan.
“Ramai orang silap faham, dia ingat kita bagi zakat dan mereka (LGBT) beratur panjang (ambil zakat). Kalau kata saya LGBT, saya boleh dapat zakat, bukan itu maksud dia.
“Maksud kita, mesti ada usaha untuk bebaskan dia (golongan LGBT) daripada kita kata mereka menjadi hamba nafsu songsang ini,” katanya.
Mujahid berkata, setakat ini, hanya negeri Selangor sahaja mengeluarkan fatwa sedemikian dalam usahanya memulihkan golongan itu.
“Fatwa di Selangor sudah menyatakan bahawa salah satu daripada (penerima zakat) asnaf, (adalah) mereka yang menjadi hamba iaitu hamba kepada nafsu songsang mereka.
“Justeru, melalui NGO, apa saja program pemulihan bagi membebaskan mereka ini daripada menjadi nafsu songsang ini, (maka boleh) diberikan bantuan melalui (bantuan) asnaf,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Harian Metro