Baju Raya Batik Terengganu Habis Rosak Angkara Tukang Jahit
Sedar tak sedar tinggal lima hari saja lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Mesti ramai lagi yang masih sibuk membuat persiapan hari raya di saat-saat akhir. Baju raya semua dah sedia ke? Kalau belum, masih sempat lagi untuk cari baju raya siap.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan gambar baju rayanya yang rosak ditangan seorang tukang jahit. Pengguna Twitter itu tidak dapat menahan tawa melihat keadaan bajunya yang rosak kerana disalah jahit.
BACA: Orang Awam Tak Boleh Pakai Butang Baju Melayu Logo PDRM
Menurutnya, bukan saja kain yang disertakan bersama baju itu terlalu besar di bahagian pinggang, malah hujung lengan disambung begitu sahaja kerana pendek.
Katanya lagi, tukang jahit itu memberitahu baju tersebut dijahit mengikut ukuran badannya namun lain pula jadinya. Tidak mahu memanjangkan perkara tersebut, dia cuba meminta agar wang dikembalikan namun tukang jahit tersebut enggan berbuat demikian.
Katanya lagi, tukang jahit tersebut meminta untuk membaiki semula baju tersebut, namun dia tidak berani bimbang keadaan baju itu menjadi bertambah teruk.
Pengguna Twitter itu juga berkata dia sudah menghantar ke tukang jahit lain untuk membaik pulih baju tersebut namun rata-rata mereka berkata baju itu sebenarnya sudah rosak.
Kesian pula dengar cerita pengguna Twitter ini. Sayangnya kain batik cantik tapi rosak macam tu je. Tidak hairanlah, ramai yang lebih suka menghantar baju untuk dijahit oleh warga luar dimana hasil kerja mereka lebih memuaskan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Twitter Dee