Baru-baru ini tular satu rakaman video dimana seorang pekerja di sebuah kedai seberneka bertindak membaling barang kepada seorang pelanggangannya.

Pelbagai andaian dan spekulasi mengenai insiden tersebut, malah tular satu komen dari seorang netizen yang menyaksikan kejadian tersebut.

BACA: Datin Mengamuk Di Kedai Nasi Ayam Tampil Mohon Maaf

Bagaimanapun menerusi Twitter, gadis tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar tentang apa yang berlaku. Menerusi perkongsian tersebut, gadis itu turut memohon maaf di atas tingkah lakunya itu.

 

Menceritakan apa yang berlaku, menurutnya ketika itu pelanggan ramai yang beratur untuk membuat pembayaran dan seorang pelanggan wanita memintanya untuk mengambilkan barang yang digantung di belakang kaunter.

Sibuk dengan pelanggan lain, dia meminta wanita tersebut untuk tunggu sebentar memandangkan wanita itu tidak berada dalam barisan dan pelanggan tersebut bukanlah keutamaannya.

Kemudian dia bertanyakan kepada wanita berkenaan tentang barang yang diinginkannya. Namun wanita tersebut mula meninggikan suara.

Keadaan menjadi tegang apabila pelanggan wanita itu mula meleparkan kata-kata kurang enak dan merakamkan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, gadis itu memberitahu mereka sudah pun mengadakan pertemuan bersama pelanggan wanita tersebut dan pihak pengurusan untuk membuat permohonan maaf.

Apa pun diharap semuanya dapat diselesaikan secara baik. Insiden ini bukanlah pertama kali berlaku. Apa pendapat anda dengan konsep ‘customer is always right’?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥