Bandingkan Anak Orang Lain Dengan Anak Kita Punca Jenayah Semakin Meningkat
Budaya membandingkan anak orang lain dengan anak kita bukanlah sesuatu yang baru di kalangan masyarakat kita. Jika anaknya kurang berjaya dalam pelajaran, mulalah ibu bapa membandingkan dengan anak orang lain yang lebih pandai.
Meskipun ramai ibu bapa sedar bahawa tindakan mereka itu membuatkan anak-anak tidak rasa dihargai, namun mereka merasakan ianya bagus untuk meningkatkan semangat anak-anak untuk lebih berusaha.
BACA: Pasangan Malaysia Didakwa Dera Anak Kerana Berpuasa Lebih 12 Jam
Namun, tanpa sedar budaya tersebut membuatkan anak kita ditekan daripada segi emosi dan akan menjadi marah. Malah, lebih mengejutkan budaya tersebut adalah punca jenayah semakin meningkat.
Menurut Naib Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim yang juga penganalisis jenayah, budaya itu akan menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak diperlukan dan buat apa lagi mereka duduk di rumah.
Tindakan ibu bapa itu boleh menyebabkan kanak-kanak merasakan tidak dihargai oleh orang yang paling rapat dengan mereka sehingga menyebabkan mereka rasa menyampah dan marah lalu bertindak lari dari rumah.
Malah, pihaknya turut menyeru ibu bapa hentikan membanding-bandingkan mereka jika kita mahu anak kita berjaya dan tidak terlibat dengan jenayah seperti dadah atau masalah sosial lain,
Ujarnya lagi, ibu bapa sepatutnya memberi motivasi dengan menghargai apa yang dilakukan bagi menaikkan lagi semangat dan membuatkan kanak-kanak itu rasa lebih dihargai kerana faktor itu penting untuk kejayaan mereka kelak.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Astro Awani