Banduan Dihidang Daging Babi Untuk Buka Puasa
Jika di Malaysia, waktu puasa hanya 13 jam berbeza di Amerika Syarikat, dimana waktu puasa disana selama 18 jam lamanya. Namun, ianya merupakan detik hitam buat banduan Islam disana apabila mereka diberi makan daging babi untuk berbuka puasa.
Memetik laporan New Straits Times, kejadian itu berlaku di sebuah pusat tahanan di Anchorage, Alaska, Amerika Syarikat.
BACA: Makan Ayam Tapi Mengaku Babi
Council On American-Islamic Relation menfailkan tuntutan mahkamah dengan mendakwa pusat tahanan tersebut melanggar hak perlindungan dan hak kebebasan beragama.
Berikutan tuntutan tersebut yang menyalahi undang-undang, hakim persekutuan meminta agar pengawal di pusat tahanan tersebut berhenti untuk menghidang daging babi kepada banduan Muslim.
Turut dilaporkan, banduan di pusat tahanan tersebut hanya diberikan makanan sebanyak 1,100 kalori sehari, dimana ianya sangat sedikit berbanding 2,500 jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki.
Tuntutan saman juga dibuat sebagai pampasan dan ganti rugi buat banduan Islam yang teranaiya. Dah la puasa berjam-jam lamanya, lepas tu bila berbuka dihidang daging babi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Memang Betul Pulau Babi
Dim Sum Babi Tak Laku, Orang Islam Disalahkan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Bila Makanan Panas, Tapi Kau Tibai Jugak
- SUMBER
- Lobak Merah