Bapa Maut Dikapak Anak Kerana Terpijak iPhone
Seorang bapa maut ditetak anaknya dengan kapak hanya mangsa kerana terpijak iPhone milik suspek dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu.
Memetik Khmer Times, mangsa Leng Sao, 50, dilapor diserang oleh anak lelakinya, Leng Huon, 23, dalam parti minum arak bersama dengan rakan-rakan di rumah keluarga itu.
BACA: Gadis 14 Tahun Jual Badan 35 Kali Demi iPhone X
Menurut jurucakap polis daerah Svay Antor, Kapten Chuon Samnang berkata, kedua-dua beranak yang juga petani itu tinggal bersama di Damrey Poun di wilayah Prey Veng, Kemboja.
Dalam kejadian yang berlaku 7 malam itu, anaknya bersama tiga rakan meminum arak dan memasang muzik dengan kuat hingga tengah malam. Suspek yang mabuk terjatuhkan iPhonenya di atas lantai di luar rumah.
Bapanya yang keluar bilik kerana dia tidak dapat tidur disebabkan bunyi secara tidak sengaja terpijak iPhone anaknya. Menyedari bapanya terpijak telefon pintarnya, Huon terus menjerit memarahi bapanya.
Sao yang berang dengan tindakan biadab anaknya terus menyepak anaknya sehingga mencetuskan pergaduhan di antara mereka.
Tidak dapat mengawal kemarahan, anak lelakinya itu kemudian mengambil kapak dan menyerang bapanya di bahagian kepala, leher dan dada menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Selepas membunuh bapanya, suspek dilaporkan melarikan diri, namun berjaya ditahan polis jam 3 pagi pada Sabtu dan kes masih dalam siasatan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram