Barista Starbucks Buka Rahsia Cara Order Frappucino
Starbucks di Malaysia boleh dikatakan antara rangkaian kafe kopi yang terkenal dan menjadi pilihan pelbagai lapisan umur untuk lepak, borak sambil minum kopi bersama-sama rakan-rakan dan apa kata anda cuba pesan minuman di sana mengikut tips yang dikongsikan oleh seorang barista di Twitternya ini.
BACA: Ini Punca Ramai Boikot Durian Timbang
Biasanya pelanggan akan memesan pilihan menu yang sudah tersedia di papan menu seperti frappucino, latte, cappucino dan antara minuman yang menjadi pilihan kami adalah green tea latte frappucino.
Menurut @seriovslydot, sebenarnya pelanggan boleh customized sendiri pilihan minuman mereka ketika memesan di kaunter dengan mengetahui bahan-bahan yang biasa digunakan oleh barista.
Bagi pengetahuan anda, di Starbucks terdapat tiga jenis susu iaitu full cream milk, low fat milk dan juga soy milk. Ketiga-tiga jenis susu ini akan memberikan rasa minuman yang berbeza.
Selain kopi di Starbucks juga mempunyai pilihan menu yang lain seperti hot chocolate, mocha ice ataupun pilihan teh yang pelbagai jadi tak hairanlah mengapa Starbucks menjadi tempat lepak oleh generasi muda kini.
Bagi anda yang gemarkan minuman coklat, barista ini turut menyarankan anda memesan hot chocolate atau iced chocolate namun kurangkan kandungan coklat dalam minuman tersebut kerana rasanya lebih sedap berbanding mengikut resepi biasa.
Selain itu jika anda gemarkan green tea frappucino seperti kami, bolehlah anda ikut saranan gadis ini dengan menukarkan classic syrup kepada caramel syrup bagi rasa yang lebih sedap dan jangan lupa tukar kepada low fat milk.
Nampaknya daripada tweet gadis ini banyak yang kita boleh tahu mengenai menu di Starbucks jadi bolehlah cuba tips yang diberika jika anda berkunjung ke sana pada hujung minggu ini.