Bayi 2 Tahun Maut Dicili Mulut, Pengasuh Dipenjara
Ada lagi kes pengasuh mendera kanak-kanak, kali ini melibatkan bayi lelaki berusia dua tahun enam bulan apabila pengasuhnya memasukkan cili ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kematian pada Jun lalu.
Tertuduh Asmarani Ghazali, 39 yang mempunyai tiga anak didakwa menganiaya Muhammad Afif Kamarol Azli dengan cara memasukkan sebiji cili hijau ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada 13 Jun, dua hari sebelum sambutan Aidilfitri.
BACA: Bayi Hilang Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh
Memetik laporan The Star, tidak tahan bayi yang dijaganya itu tidak mahu berhenti menangis, tertuduh bertindak mengambil cili hijau dari peti sejuk dan menyumbat ke dalam mulut bayi berkenaan.
Bayi tersebut kemudian mengalami kesukaran untuk bernafas, terus dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menggesa mahkamah mengenakan hukuman penjara 10 dan 15 tahun kerana kesalahan tersebut dianggap serius.
Ibu kepada mangsa, Rahmawati memberitahu keluarganya dalam keadaan trauma di atas kejadian yang menimpa mereka. Katanya lagi, beliau mahukan keadilan kerana anaknya dia meninggal dunia kerana dianiaya dan bukan kerana kecuaian pengasuh tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138
- SUMBER
- kosmo