Bazar Ramadhan Jalan TAR Akan Dipindahkan Ke Jalan Raja
Seperti yang diketahui tahun lalu DBKL telah mengumumkan penutupan bazar Ramadhan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selain isu kebersihan seperti masalah sampah sarap yang terlalu banyak, punca utama penutupan adalah kerana banyak aduan pemilik kedai seperti laluan masuk kedai terhalang dan kesesakan trafik.
Namun, buat pengunjung setia bazar Jalan TAR jangan bersedih kerana lokasi baru bazar Ramadhan akan dipindakan ke Jalan Raja dimana tapak premis akan lebih tersusun dan teratur.
BACA: Jalan TAR Sah Ditutup Mulai 15 Mac Ini
Dalam masa sama, pihak DBKL mahu Jalan Raja menjadi tumpuan para pelancong di mana bazar-bazar yang didirikan lebih terurus, bersih dan cantik. Malah tapak juga lebih lebih luas dan kawasan jalan kaki lebih besar.
Buat mereka yang tidak tahu dimanakah Jalan Raja, ianya terletak berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.
Lokasi bazar Ramadan itu akan bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 0.2 kilometer dan 12 meter lebar.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- Astro Awani