Memang enak memakan aiskrim terutama pada waktu petang ketika bersiar-siar bersama keluarga tersayang, malah ia dapat melegakan tekak jika dimakan pada cuaca panas.

Namun, anda harus berwaspada kerana aiskrim berkemungkinan boleh menjadi punca kepada masalah buah pinggang jika makan aiskrim secara berlebihan.

BACA: Tergigit Picagari Semasa Makan Aiskrim

Sumber dari scmp.com

Gara-gara memakan sebanyak 54 batang aiskrim, seorang lelaki dikenali sebagai Zheng, 44 tahun, dikejarkan ke hospital kerana sakit perut yang melampau.

Pada mulanya, Zheng yang berasal dari Quzhou, Wilayah Zhejiang di China berkata, dia berasa dahaga kerana cuaca panas yang melanda negara itu membuatkan dia mengambil aiskrim di dalam peti sejuk dan memakannya.

Gambar sekadar hiasan

Dia bertindak begitu kerana berasa penat terus memakan aiskrim hingga mencecah 54 batang aiskrim. Malah, dia turut meminum segelas air sejuk selepas habis makan aiskrim.

Menurutnya, sakit perut yang dialami semasa tidur memaksa Zheng bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Laporan hospital mendapati dia mengalami masalah buah pinggang atau gastroenteritis.

Walau bagaimanapun, pihak hospital tidak dapat mengenalpasti sama ada Zheng mengalami gastroenteritis berpunca daripada aiskrim atau air sejuk yang diminumnya sebelum itu, lapor South China Morning Post.

Kita harus berhati-hati dalam memilih makanan jika tidak mahu badan terkena penyakit tidak diingini. Tidak semua makanan bagus untuk kesihatan jadi kita harus merancang dalam pengambilan makanan harian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Ada Dengan Wonder Cheese?