Beg Diconteng Pekerja MAS Viral Di Laman Sosial
Apabila tiba hujung tahun, mesti ramai yang mengambil peluang ini untuk pergi bercuti bersama ahli keluarga sementara cuti sekolah belum berakhir.
Malang bagi satu pasangan serta anak kecil mereka apabila pengalaman menaiki penerbangan mereka dicemari insiden tidak menyenangkan apabila pekerja syarikat penerbangan membuat kesilapan ketika melabel beg milik mereka.
BACA: Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah
Rose Kuruvilla, berkongsi pengalamannya berdepan situasi pekerja syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang bersikap biadab semasa mereka hendak berlepas ke Sydney, Australia menaiki business class MAS.
Menurutnya, pada mulanya pekerja MAS terlupa untuk meletakkan tag di beg mereka dan kemudiannya tidak sempat untuk mengejar beg mereka selepas mereka check in di kaunter.
“Staf dan penyelia cuba sebaik mungkin dengan menghubungi semua orang dari pasukan bagasi untuk mencari beg namun usaha tersebut menemui jalan buntu” katanya.
Selepas itu, pekerja MAS meminta mereka untuk menaiki penerbangan walaupun beg mereka belum ditag tetapi mereka menolak dan mahu menunggu hingga beg mereka ditemui semula.
Kemudian, beg mereka ditemui selepas sejam menunggu dan dijadualkan menaiki penerbangan 12 jam selepas itu.
Rose terkejut apabila beg miliknya tidak diletakkan sebarang tag malah diconteng oleh pekerja MAS di label beg yang dilekatkan olehnya sendiri.
Berikutan itu, ramai yang memberi komen negatif mengenai layanan syarikat penerbangan itu di ruangan komen status Rose di Facebook.
Terbaru, MAS mengeluarkan kenyataan meminta maaf kepada keluarga Rose di atas layanan pekerja mereka dan sedang melakukan siasatan serta tindakan tegas akan diambil terhadap pekerja berkenaan, lapor The Malay Mail Online.
ARTIKEL BERKAITAN:
MAS Tawar Diskaun Bermula Hari Ini
120,000 Pelancong Kini Terkandas Di Bali
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Berlagak Konon Boleh Habiskan
- SUMBER
- FB ROSE KURUVILLA