Beg Pinggang ‘Perut’ Realistik Tarik Perhatian
Setiap lelaki pasti menginginkan perut yang kempis, mempunyai six pack abs bukan? Namun, jika anda teringin untuk mengetahui apakah perasaannya jika memiliki perut ‘buncit’, anda boleh membeli beg pinggang perut realistik ini yang sememangnya nampak begitu real.
BACA: Inilah Rupa Keranda Kayu Cendana Raja Thailand
Beg pinggang dikenali The Dadbag ini menarik perhatian orang ramai kerana keunikan reka bentuknya yang menunjukkan si pemakai seolah-olah memiliki perut buncit.
The Dadbag akan membuatkan anda kelihatan mempunyai ilusi perut buncit hingga terkeluar dari baju sedangkan ia hanyalah sebuah beg pinggang.
Malah, beg pinggang ini juga mempunyai pelbagai pilihan ‘perut’ yang anda boleh pilih.
Bagaimanapun, The Dadbag tidak boleh dibeli lagi buat sementara waktu kerana pihak mereka sedang mencari rakan kongsi perniagaan untuk memulakan penjualan beg tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Benda Sotong Ultraman & Udang Gorgon Ni?
- SUMBER
- DADBAG