Beg Tangan Versace Milik Rosmah Berharga RM10,000?
Semalam, kehadiran bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat berkaitan isu 1MDB Mansor menjadi bualan ramai.
Namun apa yang paling menjadi perhatian ialah beg tangan berwarna merah yang dibawa oleh beliau dikatakan bernilai RM10,000.
BACA: Adakah Ini Punca Rosmah Beli 284 Beg Hermes Birkin?
Dari reka bentuk sulaman bermotif cincin Grecian di tali pendek, ia ada persamaan dengan beg Versace Demetra.
Jika benar ia Versace Demetra, beg jenama Itali itu dibuat daripada kulit nappa Barocco. Beg mewah itu memiliki ketinggian 25 sentimeter, ukuran dalam 12 sentimeter dan lebar 31 sentimeter.
Walaupun harganya tidak semahal Hermes Birkin, harga Versace Demetra boleh dikatakan agak mahal dan dikategorikan sebagai beg tangan mewah. Di eBay, harganya boleh mencecah antara RM6,222.95 dan RM10,983.99 untuk satu beg.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!
- SUMBER
- The Malay Mail Online