Kita sanggup menabung demi membeli kereta, motor atau rumah kediaman yang diidam-idamkan. Walaupun mengambil masa bertahun, namun usaha yang berterusan tetap akan membuahkan hasil.

Seorang usahawan dari China membayar wang pendahuluan bagi kereta jenama BMW dengan menggunakan duit syiling lima sen yang dikumpulkannya sendiri.

BACA: Berniaga 20 Tahun, Teh O Panas Masih 20 Sen

Video tersebut menunjukkan pekerja jualan kereta BMW sedang mengira duit sebanyak 70,000 yuan (RM43,598.84) dalam bentuk duit syiling 5 mao (5 sen).

Sumber dari dailymail.co.uk

Tak dapat dipastikan apakah sebab utama usahawan jualan gudang itu mahu membeli kereta menggunakan duit syiling yang begitu banyak sekali.

Menurut pengurus jualan BMW di Putian, Fujian, China, dikenali sebagai Gu, dia memberitahu duit syiling itu hasil pelanggannya menabung selama beberapa tahun.

Sumber dari dailymail.co.uk

Berikutan itu, beberapa pekerja BMW terpaksa bekerja lebih masa untuk mengira jumlah duit syiling yang diberikan oleh pelanggan mereka.

Mungkin usahawan tersebut menabung sejak dari hidupnya susah hingga mampu membeli kereta idamannya setelah mengumpul duit bertahun-tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:
Tampar Rakan Kerja Erat Silaturahim
Geledah Sampah Demi Cincin Berharga RM65,000

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Baru Nasi Kandar Di Penang?