Beli Sandwich Ayam, Hanya Dapat Sehelai Salad & Sehiris Timun
Selalunya kita banyak dengar cerita tular mengenai karipap oksigen, tetapi kali ini ada yang ‘terkena’ dengan sandwich ‘kosong’ pula apabila isinya tidak seperti yang diharapkan.
Baru-baru ini tular di Twitter seorang netizen berkongsikan nasib malangnya apabila sandwich ayam yang dibelinya tidak mempunyai ‘ayam’.
BACA: Lepas Habis Separuh, Baru Perasan Roti ‘Berintikan’ Ulat
Lebih menyedihkan, ‘sandwich ayam’ berharga RM2.50 yang dibelinya itu hanya mempunyai sehelai salad dan sehiris timun sahaja.
Kecewa dengan sandwich ayam yang dibelinya itu, gadis itu mengatakan lebih baik jika menyediakan bekal sendiri dari rumah. Jika membeli di luar pun belum tentu ianya memenuhi citarasa kita ditambah pula dengan harga yang mahal.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang turut bersimpati dengan nasib pembeli.
Malah ada yang mengatakan tidak berkat menjual makanan sedemikian. Tidak kurang ada yang memberikan cadangan agar kembalikan sandwich tersebut kepada peniaga dan lihat reaksi mereka.
Dalam pada itu, ada netizen meninggalkan komen lucu tertanya-tanya ke mana hilangnya ayam tersebut.
Apa pun diharap perkongsian netizen ini dapat membuka mata peniaga di luar sana agar lebih peka dan tidak mengambil remeh dalam hal penyediaan makanan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Twitter Catson Couch