Beli Telefon Pintar RM3,219, Tapi Dapat Tisu Basah
Selalunya kes penipuan online banyak terjadi di China, tetapi kali ini terjadi di Malaysia. Lebih mengejutkan ianya melibatkan ribuan ringgit.
Seorang lelaki dikenali Ivan Liew, memuat naik status menerusi Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila Samsung Galaxy Note 8 yang di beli melalui portal beli-belah Lazada sejak 12 Disember lalu masih belum diterima sehingga kini.
Menurut Ivan, produk tersebut dijual dan dihantar oleh pihak Lazada. Telefon pintar tersebut dijangka akan diterima antara 16 Disember hingga 20 Disember. Ivan membuat pembayaran sebanyak RM3,219 melalui kad kredit CIMB visa miliknya.
Namun pada 15 Disember jam 1 tengah hari, dia memeriksa pengesan kod dan mendapati barangnya sedang dalam penghantaran. Pada hari yang sama juga jam 9 malam, dia memeriksa lagi kos tersebut dan dapati barang tersebut gagal dihantar.
Pada keesokan harinya, dia menerima barang berkenaan yang dihantar oleh seorang lelaki Melayu dengan menggunakan kereta persendirian berwarna putih dan tidak mempunyai sebarang logo.
Sebaik saja dia membuka kotak tersebut, dia mendapati kotak tersebut hanya berisi dua paket tisu basah.
Sejurus kejadian itu, Ivan membuat laporan polis dan menghubungi pihak Lazada serta memulangkan semula dua paket tisu basah tersebut. Namun sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan dari pihak mereka.
- SUMBER
- Lobak Merah