“Bendera Malaysia Untuk Dikibar, Bukan Jadikan Sebagai Baju”
Beberapa hari ini tular di media sosial mengenai Bendera Malaysia yang dikibarkan secara terbalik mencetuskan kemarahaan rakyat Malaysia. Tapi sebenarnya tanpa anda sedar, ramai yang mengalah gunakan bendera Malaysia.
Setiap kali bulan kemerdekaan pasti kita akan dapat lihat bendera Malaysia diperagakan dalam bentuk pakaian. Jika dilihat memang nampak cantik dan sebagai jiwa patriotik.
BACA: Bukan Biasa-Biasa, Bendera PKR Dah Sampai Ke Rusia!
Namun perkongsian seorang pengguna Facebook Haryantie Baharom ini ternyata membuka mata ramai orang. Menurutnya, bendera Malaysia hanya boleh dikibar dan bukannya diubahsuai menjadi pakaian.
Sewaktu belajar subjek Kenegaraan,antara intipati nya adalah ‘Bendera Malaysia hanya boleh dikibar’. Oleh itu saya…
Posted by Haryantie Baharom on Isnin, 19 Ogos 2019
Malah, wanita itu juga menyeru rakyat Malaysia tidak sesekali jadikan bendera sebagi baju, alas meja dan seangkatan dengannya.
Ujarnya lagi, jika ada pertandingan baju kemerdekaan, kita sepatutnya menghasilkan baju bertemakan warna-warna bendera Malaysia BUKAN bendera Malaysia dijadikan baju.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Malah, ramai yang meluahkan rasa kurang senang melihat bendera Malaysia dijadikan baju.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan ramai yang terlepas pandang dengan perkara ini lebih-lebih lagi pihak sekolah.
Menurut seorang netizen, negara lain tidak menggunakan bendera untuk diubah kecuali hari sukan. Kata netizen lagi, tidak salah mencipta baju menggunakan warna bendera tetapi yang salahnya jika memotong bendera.
Betul apa yang dikatakan, bendera adalah untuk dikibar dan bukan untuk dijadikan baju. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia betapa tingginya nilai Jalur Gemilang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kaum Bapa Cuti 10 Hari Jika BN Menang PRU
Demam PRU, Tudung Logo Parti Dapat Sambutan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)
- SUMBER