Berak Luar Kedai, Pemilik Dobi Lapor Polis
Kedai dobi dibuka untuk pelanggan mencuci baju, namun kelakuan tidak bermoral ibu dan anak ini membuatkan orang ramai tak selesa dan menjijikkan. Bayangkan si ibu membiarkan anaknya membuang najis di hadapan dobi layan diri sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Geli lah!
BACA: Kantoi Seludup Dadah Guna Durian
Pemilik dobi layan diri di Lobak, Seremban, Negeri Sembilan iaitu Datuk Adzwan Ab Manas berkata, dia tak sangka najis yang dibersihkannya sebenarnya najis manusia.
“Saya sangat yakin ia disebabkan anjing, tapi saya terkejut melihat seorang remaja perempuan ‘membuangnya’ di tempat yang sama,” ujarnya selepas mengetahui perkara sebenar melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Menurutnya, ini bukan pertama kali remaja perempuan itu membuang najis di kawasan dobinya tetapi sudah masuk tiga kali dia berbuat demikian.
“Saya periksa rakaman sekali lagi dan mendapati remaja yang sama membuang air di tempat sama dalam dua kejadian berasingan bulan lepas, turut terdapat wanita berkenaan,” jelasnya.
Kejadian menjijikkan itu berlaku antara pukul 1.30 petang hingga 3.45 petang dan Adzwan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Sia-sia la masuk penjara sebab membuang najis merata-rata kalau begitu.
Mungkin rumah wanita dan anaknya itu tiada tandas sampaikan terpaksa membuang najis di luar. Tapi tandas awam juga banyak disediakan jika remaja perempuan itu betul-betul sakit perut.
Walau apapun kami berharap pihak berkenaan dapat selesaikan perkara ini dengan cepat supaya ia dapat beri kebaikan kepada semua pihak.
ARTIKEL BERKAITAN:
Jepun Perkenal Mandian Berperisa Makanan
Nak Jimat Sambut Birthday Orang Tersayang? Ikut Cara Ini!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Apa Yang Terjadi Bila Simpan Burger Selama 30 Hari. Tapi…
- SUMBER
- MSTAR