Makin lama, makin pelik trend makanan sekarang ni. Terbaru, pengusaha restoran di North Carolina, Amerika Syarikat menghidangkan burger haiwan yang paling digeruni manusia.

Siapa yang takut dengan labah-labah atau mengalami araknofobia wajib cuba burger ni. Mana tahu boleh lawan ketakutan anda tu.

BACA: Perut Koyak Akibat Burger Cili

Restoran Bull City Burger and Brewery menyediakan ‘burger tarantula’ kepada pelanggannya yang sukakan sesuatu yang eksotik.

Hidangan itu ditawarkan sempena ‘Bulan Daging Eksotik’ dan kos untuk menghasilkan burger tersebut berharga AS$30 (RM116). Burger tersebut mengandungi daging lembu, keju, tarantula panggang dan sos cili pedas.

Pelanggan yang mampu habiskan burger tersebut akan diberikan sepasang t-shirt ‘Tarantula Challange’ secara percuma.

Tak tahu la apa rasa tarantula. Tapi bila tengok dengan bulu yang ada pada badan dan kaki labah-labah tu loya pula nak makan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT