Berbaju Kurung Angkat Dumbbell Di Gimnasium
Ramai yang tidak menyangka gadis ayu berbaju kurung ini gemar ke gim untuk bersenam bagi menambah berat badan.
Gadis berasal dari Kuala Terengganu ini turut membuat orang ramai terkejut apabila melihatnya yang tidak kekok bersenam walaupun masih berbaju kurung.
BACA: “Saya Bukan Betul Betul Nak Bogel Pun”
Nur Fatehah Che Ramli, 21 tahun, menjadi perhatian apabila video dirinya sedang bersenam sambil memakai baju kurung di gimnasium tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Jelasnya, ia bukanlah pertama kali dirinya pergi gim untuk bersenam dengan memakai pakaian kebangsaan tersebut.
“Dah banyak kali saya pakai baju kurung bila datang ke gim selepas waktu kerja,” katanya yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat di Marang, Terengganu.
“Ada juga saya bersenam di gim dengan pakaian sukan. Tapi bila berbaju kurung, saya hanya membuat senaman ringan yang tidak memerlukan banyak pergerakan,” tambahnya lagi.
Menurutnya, dia mula bersenam sejak awal tahun ini serta turut dibantu oleh seorang jurulatih yang juga tunangnya, Abu Mansur Al Mathuridi Azahari, 26 tahun.
Selain itu, Fatehah turut memiliki tali pinggang hitam dalam Taekwando dan telah mempelajarinya sejak berusia tujuh tahun lagi.
Tujuan gadis ini bersenam adalah untuk mendapatkan berat badan yang sesuai untuk dirinya iaitu 51kg memandangkan dia seorang yang kurus.
“Badan saya ni kurus, dulu 42kg saja. Lepas berlatih dengan tunang selama tiga minggu, berat badan dah naik 3kg,” jelasnya.
Tunangnya, Abu Mansur yang lebih dikenali sebagai Mansurtropin turut menyatakan bahawa ia tidak menjadi masalah jika Fatehah ingin bersenam sambil memakai baju kurung kerana terdapat senaman ringan sesuai yang boleh dilakukan.
“Tak semestinya kena seksi dan pakai ketat di gim. Fatehah juga selalu berpakaian sukan ketika bersenam tetapi bercirikan muslimah,” sambung Mansurtropin.
“Dia ni nampak saja lemah-lembut, tapi jiwanya kental. Ada ‘black belt’ taekwondo!,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.
Sebenarnya ia merupakan langkah bijak untuk para wanita di luar sana bersenam dan belajar seni mempertahankan diri kerana terlalu banyak kes jenayah mensasarkan wanita sebagai mangsa sejak kebelakangan ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Awat Nama Dia Siakap & Daging Lempaq?
- SUMBER
- MSTAR