Bergaya Mewah Tapi Rupanya Barang Pinjam
Orang selalu mementingkan luaran hinggakan sanggup meminjam barang demi nampak mewah. Walaupun anda rasa ianya mustahil tapi sebenarnya itulah realiti di zaman sekarang.
Seorang model lelaki di Thailand membuat orang ramai marah kerana memiliki kad kebajikan masyarakat walaupun sering memuatnaik gambar kehidupan mewahnya di laman sosial Instagram.
BACA: Bawa Kereta Mewah, Peniaga Caj Mahal
Model lelaki seksi, Wachrin Tankuranan, 26 tahun, gemar memuatnaik gambar makan di restoran mewah, tempat-tempat mahal dan memakai barangan mahal.
Namun, apa yang membuatkan warga laman sosial berang dengan jejaka ini adalah kerana dia adalah pemegang kad kebajikan masyarakat yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk rakyat yang mendapat gaji THB308 hingga THB310 (kira-kira RM40) sehari mengikut wilayah.
Isu itu tular hingga menyebabkan Wachrin popular di laman sosial negara itu buat sementara waktu. Wachrin menegaskan semua barang atau makan di tempat-tempat mewah adalah pinjaman dari kawannya dan kawan belanja dia makan atau minum.
“Saya hanya memuat naik gambar cantik-cantik di Twitter dan Instagram kerana semua orang melakukannya. Saya tegaskan bahawa saya tiada apa-apa harta,” jelasnya.
Menurutnya, dia pernah mengalami situasi lagi teruk hingga tak ada duit beberapa bulan dan bergantung kepada paid review dibuat olehnya.
Ketua Pengarah Jabatan Audit, Sutthirat Rotanachote memberitahu dia akan menyiasat perkara ini dan jika Wachrin tak layak mendapat bantuan, kad kebajikannya akan dibatalkan.
Untuk pengetahuan anda, kad kebajikan itu diberikan kepada rakyat dengan memmpunyai jumlah THB1,700-THB1,800 (kira-kira RM230) sebulan bagi meringankan beban rakyat yang susah di negara itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Beginilah Harga Madu Termahal Di Dunia
Logikkah Harga Kasut Wanita Paling Mahal Ini?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Apa KOrang Hantar Pada Kami! 😍 😍 😍 | MailTime #1
- SUMBER
- MSTAR